SEJARAH

Asal usul ping pong bermula di sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan dalam rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat terhadap ping pong bagaimanapun tidak bertahan lama. Sukan ping pong menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di seluruh dunia. Nama ‘Ping Pong’ kemudiannya menjadi tanda niaga yang didaftarkan sebagai hak cipta Parker Brothers. Oleh sebab itu, nama permainan ini ditukar kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (International Table Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada tahun 1926. Persatuan Tenis Meja Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1933. Pada penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular dalam kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jarring dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan. Pemain ping pong bermain dengan cara berdiri pada kedua-dua hujung meja yang bertentangan. Sukan ini mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai dan mula menjadi popular dalam kalangan masyarakat Eropah. Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila bola melantun di atas meja. Pada tahun 1902 seorang profesor pelawat dari Jepun telah membawa balik sukan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti Jepun. Tidak lama kemudian, sukan ini juga diperkenalkan kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan cara itu, sukan ping pong mula berkembang ke seluruh dunia dan mendapat sambutan hangat hampir di seluruh pelusuk dunia. Peralatan ping pong telah mengalami banyak perubahan pada tahun 1940-an. Pada mulanya, permukaan raket dilapik getah berbintik nipis (pimpled rubber). Kemudian negara Jepun telah memperkenalkan ‘sandwich rubber’ yang mempunyai lapisan span di bawah lapisan getah bintik yang bintiknya menghadap lapisan span (inverted sponged). Ciptaan ini menghasilkan putaran bola yang jauh lebih kuat berbanding dengan getah berbintik. Ciptaan ini juga membenarkan pemain-pemain Jepun yang menggunakan gaya pegang cekak pen (pen holder) menguasai dunia ping pong pada tahun 1950-an dengan corak permainan yang mementingkan corak menyerang dan pergerakan kaki yang pantas. Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan. Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan di dalam negara malah pada peringkat antarabangsa. Pada masa sekarang, ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di negara kita. Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikan ping pong sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka. Sejarah perkembangan ping pong mengalami banyak perubahan dari segi corak permainan sehingga kepada kegunaan peralatan. Pada tahun 1960-an, corak permainan ping pong berbentuk defensif. Pada zaman itu, pemain-pemain menggunakan corak loop drive. Dari segi peralatan, pada tahun 1960an, pemain China Xhang Xi Lin menggunakan raket ‘yin-yan’, iaitu sebelah raket menggunakan getah yang biasa manakala yang sebelah lagi menggunakan jenis getah long-pimple. Pada tahun 1971, pemain dari Perancis Jean Paul Weber telah menggunakan getah jenis antispin semasa beliau menyertai kejohanan ping pong dunia yang berlangsung di Nagoya, Jepun. Peraturan permainan ping pong juga sering dikaji dari semasa ke semasa demi kebaikan sukan tersebut. Pada tahun 1985, suatu peraturan baru mengenai penggunaan getah raket telah diperkenalkan. Getah raket di kedua-dua belah perlu menggunakan warna yang berbeza, iaitu jika sebelah raket berwarna hitam, permukaan sebelah yang lain wajib berwarna merah. Pengenalan penggunaan dua warna yang berlainan pada raket getah bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan apabila pemain menggunakan ‘yin-yan’. Untuk menjadikan sukan ping pong lebih menarik, pada tahun 2000, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) telah menambah diameter bola ping pong daripada 38 mm kepada 40 mm. Suatu perubahan pada sistem mata setiap permainan dari 21 mata kepada 11 mata, dan setiap pertandingan ditentukan dalam ‘Best of 5 Games’ atau ‘Best of 7 Games’ pada tahun 2001. Kini, di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, kedudukan sukan ini semakin kukuh dan terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada sukan ini sebagai salah satu acara Sukan Olimpik, iaitu acara perseorangan dan beregu mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea pada tahun 1988.

1 comment:

  1. Kèo nhà cái Macau là địa chỉ cá cược uy tín hàng đầu giữa thị trường nhà cái đầy sôi động. Truy cập ngay vào trang tỷ lệ kèo nhà cái Macau, người chơi thỏa sức đam mê với nhiều hình thức chơi khác nhau. Cùng tìm hiểu xem vì sao nhà cái Macao lại giàu sức hút như vậy.
    Ty le ma cau
    Keonhacai K8
    Ty le ca cuoc
    Bet69
    Keonhacai hom nay
    Keo Malaysia
    W88

    ReplyDelete